Go Digital With Google My Business dan Shoppe Store

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Go Digital With Google My Business dan Shoppe Store ini dihadiri seramai 6 orang Petugas Pusat Internet Kluster Bau dan Lundu.Program ini bermula pada jam 09:00 pagi dan berakhir pada pukul 04:00 petang. Program ini berlangsung di Pusat Internet Sibuluh

Program ini juga memberi maklumat tentang cara menggunakan Shoppe Store seperti cara mengirim barang yang telah dibeli oleh pelanggan. Cara menentukan harga barang serta cara untuk memuatnaik gambar produk ke dalam aplikasi Shoppe.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan tentang Google My Business dan Shoppe Store kepada peserta yang datang. Antara yang disentuh adalah cara untuk mendaftar perniagaan menggunakan Google My Business dan memasukan data perniagaan bagi memudahkan pencarian di google maps.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali